Monday, 4 April 2011

Keindahan Islam: Masjid untuk semua

Keindahan Islam: Masjid untuk semua


"Pendekatan bertugas Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang, 22 Ogos lalu semata-mata untuk memenuhi permohonan bantuan surau dan menyerahkan kepada pihak terbabit serta menyampai ucapan berhubung program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sudah dipromosi secara salah oleh pihak tertentu. Menyebabkan terbongkar satu lagi kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan.”

Rasa sedikit pilu atas keserlahan kejahilan beragama itu turut dirasai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana pendekatan itu merupakan antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Namun, menurut Tuan Guru ia menjadi bising kerana sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

Menurut Tuan Guru lagi sepertimana dipetik Rizal (Harakahdaily 28 Ogos 2010), “kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi.”

Benarkah mereka ini jahil?

Kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan” dapat dibaca secara terbuka, terang dan nyata. Antaranya dalam Utusan Online (27 Ogos 2010) menyiarkan kenyataan jahil tuke, seorang pejuang Melayu (bukan pejuang agama) merangkap Yang Dipertua kepada sebuah pertubuhan (peringkat Negeri Selangor) yang ada kaitan dengan pejuang Melayu Pasir Mas ada berkata, pihaknya memandang serius tindakan Nie Ching kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik sebelum ini. Lalu menganggap tindakan ahli parlimen itu sebagai bertentangan dan menyalahi hukum kerana orang bukan Islam tidak boleh memasuki ruang solat masjid atau surau apatah lagi untuk menyampaikan ceramah kepada umat Islam dalam rumah ibadat itu. Lantas menyifatkan ia betul-betul satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau berkenaan untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan di situ. Malah turut mempersoalkan pula tindakan Teo Nie Ching itu, apakah kerana politik, maka hukum dan larangan orang bukan Islam masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau boleh dihalalkan. Semua kenyataan itu disiarkan secara terang (bercetak) oleh akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos).

Turut disiarkan oleh akhbar yang sama ialah selaran oleh individu yang mengaku sebagai pengerusi kepada majlis gabungan pertubuhan tertentu (juga peringkat Negeri Selangor) dan sasarannya ialah menyelar tindakan pihak jawatankuasa surau Al-Huda ekoran berita membiarkan orang kafir (mungkin dimaksudkan kepada ahli parlimen Serdang) yang memasuki ruang solat dan memberikan ucapan dalam rumah ibadat itu. Selarannya itu turut dipetik sebagai berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan aktiviti surau terbabit, barisan jawatankuasa surau itu seharusnya bersikap lebih peka dan sensitif dalam hal melibatkan persoalan agama. Lalu mengaitkan peristiwa (dimaksudkan kepada orang kafir masuk surau) itu dengan persoalan, adakah ideologi politik yang menjadi kepercayaan ahli-ahli PAS yang dikatakan berada dalam surau berkenaan melebihi daripada hukum dan larangan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Kemudian menyindir tindakan ahli politik (ahli parlimen wanita yang dimaksudkan itu mungkin Teo Nie Ching) dengan penegasan, “jika mahu memberikan bantuan atau mengadakan ucapan, kenapa tidak pilih saja tempat lain, kenapa perlu diadakan di dalam ruang solat surau berkenaan."

Kenyataan mengejutkan

Sesuatu yang mengejutkan ialah kenyataan salah seorang pihak bertanggungjawab mengurus sebuah majlis agama di Negeri Selangor (bukan Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali) yang telah membuat siasatan ke atas kes ahli parlimen wanita bukan Islam memasuki surau al-Huda sebagai benar berlaku (Utusan Malaysia 28 Ogos), lalu pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau al-Huda dan mengurus pentadbrian surau itu serta merta.

Jika kenyataan itu diamati, maka orang awam akan memahaminya sebagai suatu kesalahan besar bagi mana-mana pihak yang mentadbir masjid atau surau menerima kehadiran orang politik (bukan Islam) menyampaikan sumbangan dan berucap dengan menyentuh program Kerajaan Negeri Selangor. Maka layak dipersoalkan, apakah hukum (fatwa) menerima sumbangan dan ucapan dari orang politik di atas masjid? Atau apakah hukumnya orang bukan Islam hadir ke dalam masjid untuk menyampai sumbangan dan berucap? Implikasinya, jika hukum (fatwa) yang dipakai bagi kedua-dua keadaan itu adalah hukumnya haram, nyatalah ajaran Islam yang dianuti itu bukan menggambarkan keterbukaan Islam dan hakikat Islam itu bukan indah dan bukan untuk semua kaum. Natijahnya pendirian hukum itu boleh disifatkan batil.

Tidak mengejutkan

Di sebalik ada tindak balas sepertimana di atas, ada pula tindakan pemimpin cabang pemuda Umno Selangor (Bernama 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen Serdang itu sebagai “mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.” Kenyataan itu tidaklah mengejutkan kita kerana memang Umno berkarat memperjuangkan sentimen kaum Melayu.

Kenyataan hampir sama dengan ulasan ketua cabang wanitanya (Utusan Malaysia 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen wanita (katanya dari DAP) itu adalah “menifestasi kebiadapan” pemimpin pembangkang kepada umat Islam. Persoalannya, adakah memberi sumbangan dan menceritakan program Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu kebiadapan? Mungkin bagi mereka (dua pemimpin Umno itu) rumah Allah (masjid, surau dan madrasah) hanya layak dimasuki orang Melayu sahaja. Lalu mata dacingnya begitu sensitif seakan-akan ahli parlimen (seorang dari kaum Cina) sudah menghunus senjata kepada pemimpin 1Malaysia. Jika demikian benarnya apa yang dipetik oleh Bernama (28 Ogos) itu, maka memang parah pemikiran 1Malaysia pemimpin generasi baru Umno, sampai gopoh begitu sekali!

Penjelasan tuan terbabit

Sehubungan dengan beberapa ulasan dan kenyataan yang mensasarkan kepada ahli parlimen Serdang itu, maka tuan punya diri (Teo Nie Ching) telah menjawabnya seperti dilapor menerusi blognya (http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314). Antaranya beliau mengeaskan kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

“Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.”

Berdasarkan pengakuan di atas, apakah pengadilan yang harus diberikan kepada ahli parlimen Serdang itu? Ataukah kita menerima apa yang dilaporkan media dan menganggap segala kecaman serta amaran daripada pelbagai pihak itu sesuatu yang benar dan adil? Hanya kerasionalan mampu menterjemahkan sesuatu yang benar dan adil.

Kes sama dihadapi Jayakumar

Pengarang Utusan Malaysia sebelum ini (5 November 2009) turut melaporkan cerita yang sama melibatkan sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang yang membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dalam masjid. Lalu dikatakan seorang ketua bagi pihak berkuasa agama menegaskan, “orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.” Kenyataan itu berbau hukum (fatwa) sahih kerana membuat analogi yang tepat, iaitu Islam melarang wanita berhaid masuk dalam masjid.

"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.”

Realitinya, Jayakumar hanya hadir berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan dibuat di dalam masjid (pada 31 Ogos 2009). Peristiwa itu seakan sama dengan apa yang dihadapi Teo Nie Ching. Apapun, tindakan pihak berkuasa agama itu adalah seakan menyokong memorandum Pemuda UMNO ketika itu yang dikatakan melihat tindakan Jayakumar itu hanya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dalam masjid.

Fatwa bukan Islam boleh masuk masjid

Apa yang difahami daripada beberapa kenyataan pemimpin Umno, pihak berkuasa agama mahupun beberapa penulisan yang termuat dalam Utusan Malaysia (akhbar Penyebar Fikiran Rakyat) pada 30 Ogos 2010 dilihat menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Malah kesan daripada kenyataan dan penulisan itu secara terang telah memberi imej buruk kepada ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam sudah tiada keindahan lagi dalam konteks hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Hayatilah kenyataan fatwa yang dibaca seperti berikut: “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

“Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

“Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”


Landasan mengukuhkan fatwa

Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama’ mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid. Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah.


Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, “biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka).”

Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): “Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan ‘kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal.

Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1. Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: “Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah).

Apapun, ada pandangan Imam Ahmad bin Hanbal yang menghukumkan haram bagi orang-orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah.

Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau ’ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid.

Kunci fatwa

Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram. Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa’ ayat 43), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja.”
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Masjid selain Masjidil Haram

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut.

Imam Nawawi yang merujuk kepada hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87).

Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa’:43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu “tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268).

Rumusan hukum

Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya.

Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya.

Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi.

Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam.
Oleh:
Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan

           Berpakaian Tetapi Telanjang

Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.

Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?

Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!

-SEBARKAN-

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)

MASJID DAN BANGUNAN FARDHU AIN DALAM PEMBINAAN



Sunday, 3 April 2011





SUMBANGAN DERMA MASJID
April 3
2011

MADRASAH AD DINIAH AL FALAHIAH                                   (AD DINIAH AL FALAHIAH INSTITUTE OF ISLAMIC STUDY)  Pondok Bukit Awang Kg Dalam Huma Pasir Putih Kelantan


Matlamat madrasah ini ingin melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang , Beriman ,Beramal dan berjihad Di Jalan Allah Insya-Allah

SEDIKIT YANG DI HULUR BAKAL MEMBERI PERUBAHAN YANG BESAR




MADRASAH AL-DINIAH AL-FALAHIAH

1) LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Madrasah al-Diniah al-Falahiah (MADIFA) ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998 yang diasaskan oleh al-Fadhil Tuan Guru Rosli b Wan Ibrahim. Diatas keperihatinan, kesedaran dan semangat yang tinggi beliau telah berjaya menubuhkan madrasah ini yang tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menyebarkan ilmu Allah Subhanahu Watala kepada semua masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin keluarga, masyarakat dan negara.

Madrasah ini terletak diatas sebidang tanah wakaf seluas sepuluh ekar.
Dalam jangkamasa yang singkat, madrasah ini dapat dibangunkan dengan cepat setanding dengan madrasah-madrasah lain kerana hasil kesungguhan tuan guru, ustaz-ustaz dan para pelajar. Tidak lupa juga kerana kerjasama orang ramai dan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Pada peringkat awal penubuhan, MADIFA hanya mempunyai sebuah bangunan balaisah dan beberapa buah pondok sebagai tempat pengajian. Namun dengan hasrat untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan agama yang sebenar, madrasah ini semakin berkembang samaada dari segi ilmu, pertambahan pelajar dan bangunan-bangunan sebagai tempat pengajian.


2) SISTEM PENGAJIAN.

Sistem pengajian di madrasah ini adalah mengikut corak pengajian ulama’-ulama’ silam terutamanya sekitar nusantara tanahair yang lebih dikenali dengan ilmu pondok secara tradisional. Ilmunya didominasikan aliran pemikiran ahlisunnah wal jamaah yang diasaskan oleh 2 tokoh besar iaitu Abu Hassan Assaari dan Abu Mansur Al Maturidi. Pengajian-pengajian kitab, penghafalan al-Quran, muzakarah dan pengamalan wirid-wirid yang terunggul diamalkan sebagai bekalan untuk memudahkan penerimaan ilmu barakah dan berkekalan.


3) OBJEKTIF

a) Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan beramal yang mampu memimpin ahli keluarga, masyarakat dan negara.
b) Mengekalkan corak pengajian agama yang diwarisi oleh ulama’-ulama’ silam yang terdahulu.
c) Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelektual dan akhlak.
d) Mendidik pelajar supaya cemerlang dari segi ibadat, adab dan khidmat.



4) LOKASI ASAL

Dibangunkan diatas sebidang tanah Lot 918, Kampung Dalam Huma, Bukit Awang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan berkeluasan 10 ekar.



5) ANGGARAN KOS PEMBINAAN

a) Menyiapkan bangunan masjid       RM 2,500,000.00
b) Baik pulih bangunan asrama          RM      50,000.00
c) Baik pulih bangunan balai makan   RM      25,000.00
d) Membuat pagar madrasah            RM      75,000.00
e) Baik pulih tandas                         RM       10,000.00


JUMLAH ANGGARAN  KOS KESELURUHAN   RM 2,660,000.00


6) MENYIAPKAN BANGUNAN UNTUK KELAS FARDHU AIN / PASTI

Menyiapkan bangunan fardhu ain serta frasarana bilik darjah
Dan peralatan untuk membantu pelajar-pelajar kelas fardhu ain dan PASTI
JUMLAH ANGGARAN KASAR KOS KESELURUHAN RM 250,000.00

7) PROSES PEMBINAAN BANGUNAN MASJID DAN BANGUNAN FARDHU AIN/PASTI PADA TAHUN 2011 45-50%

Kini proses pembinaan giat di jalankan dan pihak kami masih memerlukan dana dari semua pihak yang sudi menghulurkan Bantuan.Proses kini hampir 45% siap dan di jangka siap penghujung tahun 2012 sekiranya dana mencukupi Insya-Allah .Di Madrasah ini terdiri dari orang muda , warga emas,anak yatim serta yang berkeluarga.Bayaran yang di kenakan hanya Rm10.00 untuk bayaran Api dan Air sahaja.Untuk Pembangunan dan Pentadbiran pihak kami mengharapkan sumbangan orang ramai.


Sistem Pengajian Pondok Dalam Huma, Bukit Awang

Korikulum Madrasah

Madrasah ini mempunyai 2 sistem pengajian iaitu Nizami dan Umumi.
1. Bagi kelas Nizami di mana pelajar akan dikelaskan melalui satu peperiksaan kelayakan dan korikulumnya jarang berubah
2. manakala bagi peringkat umumi pula di mana pelajar akan memilih pengajian mengikut kemampuan masing-masing maka penentuan kitab yang dipelajari mengikut guru yang mengajar

Kemudahan asas

1. Sedang membina sebuah Masjid
2. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
3. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
4. Asrama pelajar lelaki
5. Asrama pelajar perempuan
6. Rumah guru
7. Bangunan pejabat
8. Kantin

Tenaga Pengajar
Terdapat 10 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

Penghuni dan Pelajar Pondok

Jumlah penghuni pondok kini seramai 200 orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua

Makan Minum

Pondok ini mempunyai cara pengurusan makan minum yang berbeza daripada pusat pengajian pondok yang lain iaitu di masak secara kumpulan dan mengikut giliran di mana pelajar hanya perlu bayar RM 40 (Khusus untuk Muslimat sahaja)
manakala Muslimin boleh membeli makanan di kedai makan dalam kawasan pondok dengan bayar tunai / bulanan atau memasak sendiri.Dan yang lain adalah sumbangan daripada para penderma budiman.
Disini juga terdapat kedai Runcit yang menjual barangan runcit serta peralatan-peralatan ibadah dan kitab-kitab yang di gunakan dalam sessi pengajian disini.








Kepada

Dr,Dato’,Datin,Tuan,Puan,
Encik,Cik



Mudir ,
Madrasah Ad diniah Al Falahiah
Pondok Bukit Awang
Kg Dalam Huma
16800, Pasir Putih
Kelantan Darul Naim

PERMOHONAN DANA BAGI MENYIAPKAN KERJA PEMBINAAN BANGUNAN KELAS FARDHU AIN DAN BANGUNAN MASJID

Merujuk perkara di atas, pihak Madrasah Ad Diniah Al Falahiah (MADIFA) kini dalam proses menyiapkan sebuah bangunan untuk kelas fardhu ain dan bangunan Masjid yang dibangunkan di atas sebidang tanah di Lot 918, Kampung Dalam Huma Bukit Awang 16800 Pasir Putih Kelantan.

Proses pembinaan kini berjalan dalam keadaan dana yang tidak mencukupi. Dana yang berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai kini hanya sekadar dapat membangunkan sebanyak 50 peratus bangunan asas fardhu Ain seperti di dalam gambar yang di sertakan. Pihak kami masih lagi memerlukan dana bagi proses menyiapkan bangunan tersebut termasuk bekalan api dan air.

Dengan ini pihak Madifa ingin membuat permohonan sumbangan dana bagi menyiapkan dan menjayakan projek pembangunan kelas fardhu Ain tersebut daripada semua pihak yang sudi menghulurkan apa jua bentuk sumbangan seperti bahan asas atau wang ringgit. Semoga dengan sumbangan tersebut akan merialisasikan pembangunan bangunan kelas fardhu ain dan pentadbiran madrasah untuk melahirkan para pelajar yang berilmu dan beramal yang mampu memimpin ahli keluarga, masyarakat dan Negara. Insya Allah.

Dengan itu pihak Madifa terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertimbangan dan kelulusan sumbangan dana/zakat/bantuan yang dihulurkan.


Sekian terima kasih,



………………………………………………….
(Tuan Guru Hj Rosli Wan Ibrahim)
H/p no : 019-948 1330

Saturday, 2 April 2011

Senyum Itu Sunnah

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Senyum Lagi

Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.

Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.

Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”

Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”

Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”

Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,

“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”

Bukankah itu indah?

Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!

Nabi Sulaiman tersenyum kepada semut!

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: ""Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh" (Surah An-Naml 27: Ayat ke 19)
PENGERTIAN ISRA' ( إسـراء)
Dalam Jumanatut Tauhid, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani menulis sebagai berikut,


اُسْـرِىْ بِذَا الـنَّـبِـىْ مِنَ الْحَرَامِ
لَيْلاً عَلَـى الْـبُرَاقِ ذِى اللّـِجَامِ

لِلْمَسْجِدِ اْلأَقْـًصَى وَبَعْدهُ عُـرِجْ
بِهِ إِلَـَى السَّـبْعِ الْعُلَـى لِـيَبْتَهِجْ

Maksudnya:
“Diperjalankan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjid al-Haram,
ketika malam di atas buraq yang mempunyai kekang

ke Masjid al-Aqsha, sesudah itu baginda dinaikkan,
sertanya pada tujuh kemuliaan bagi menggembirakan”.

Yang dimaksudkan dengan isra' ( إسـراء) ialah “Diperjalankan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjid al-Haram Makkah ketika malam di atas buraq yang mempunyai kekang ke Masjid al-Aqsha di Bait al-Maqdis”.

Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani dalam Ward az-Zawahir, menegaskan bahawa “orang yang ingkar akan isra' kufur ia karena mendustakan Quran”. Menurut beliau pula bahawa “tiada kufur yang berkata, “Adalah isra' pada tidur juga”, karena beberapa jama‘ah berkata mereka itu, “Adalah pada tidur jua”, seperti Siti Aisyah dan Mu‘awiyah ... ” (Ward az-Zawahir, hlm. 168). Dalam Badr at-Tamam, Syeikh Ahmad al-Fathani, menyebut, “Ada pun di dalam tidur, maka telah jatuh bagi Nabi S.A.W tiga puluh tiga kali”. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani menjelaskan tentang terjadi Isra', ialah, “..pada tahun yang kedua belas daripada Nubuwah, dahulu daripada berpindah ke Madinah dengan setahun, dijalankan dengan dia Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ke Bait al-Maqdis daripada dalam Hijir atawa daripada rumah Ummu Hani' saudara Saiyidina ‘Ali bin Abi Thalib. Iaitu rumah yang dijadikan mesjid, yang tersembunyi sekarang ini, antara Bab al-Wida' dan Bab al-Jiyad ... ”.

Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Badr at-Tamam pula, tentang terjadi Isra' dan Mi‘raj, "Dan yang demikian itu pada malam Sabtu, tujuh likur daripada bulan Rabi‘ul Awwal. Dan kata qil, pada bulan Rejab, dan atas qaul ini [di]amal[kan] sekarang ini. Dan kata qil, lain daripada [yang] demikian itu” (hlm. 16). Syeikh Ahmad al-Fathani menyebut terjadi pada bulan Rabi‘ul Awwal barangkali merujuk Syarh Muslim oleh Imam Nawawi, yang juga disebut oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani dalam Al-Kaukabud Durri fin Nuril Muhammadi (hlm. 25). Dari kenyataan ini dapat diambil kesimpulan bahawa tarikh dan bulan peristiwa Isra' dan Mi‘raj juga terjadi pertikaian pendapat ahli sejarah, namun yang digunapakai di seluruh dunia termasuk dunia Melayu dari dulu sampai sekarang ialah pada 27 Rejab. Tarikh 27 Rejab ini juga disebut oleh Imam Nawawi dalam Raudhah.

PENGERTIAN MI‘RAJ ( مـعـراج)
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani mengungkapkan peristiwa Isra' dan Mi‘raj dalam beberapa bait syair di bawah ini, katanya dalam Jumanatut Tauhid,


لِلْمَسْجِدِ اْلأَقْـًصَى وَبَعْدهُ عُـرِجْ
بِهِ إِلَـَى السَّـبْعِ الْعُلَـى لِـيَبْتَهِجْ

Maksudnya:
“ke Masjid al-Aqsha, sesudah itu baginda dinaikkan,
sertanya pada tujuh kemuliaan bagi menggembirakan”.

Dalam Munjiyatul ‘Awam, Syeikh Ahmad al-Fathani menggunakan kalimat


لِلْمَسْجِدِ اْلأَقْـًصَى وَبَعْدَ ذَا الْعُـرُوْجِ
إِلَـى السَّمَآءِ فَـفَـتَحُوْا لَـهُ الْـبُـرُوْجْ

Maksudnya:
“ke Masjid al-Aqsha, sesudah itu ada tangga-tangga naik,
kepada langit, maka mereka membuka bagi Nabi akan buruj”.

Puisi yang pertama (Jumanatut Tauhid) digunakan perkataan عُـرِجْ (‘urij) bermaksud "dinaikkan". Dalam puisi yang kedua (Munjiyatul ‘Awam) digunakan perkataan ذَا الْـعُرُوْج (zal ‘uruj) bermaksud "ada tangga-tangga naik". Dalam puisi yang kedua Syeikh Ahmad al-Fathani menggunakan perkataan الـسَّـمَـآء(as-sama') "langit". Pada konteks ini ada persamaan dengan tulisan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani menyebut dalam Al-Kaukab Ad-Durri bahawa "penaikkan yang kedua Mi‘raj ( مـعـراج)". Beliau menulis, “Maka mengambil Jibril dengan tangannya kepada pihak shakhrah, dan ia menyeru, “Ya Ismail(1), ulurkan mi‘raj ! Yakni tangga. Maka dibawa datang dengan dia daripada Firdaus ... ” Tulis beliau lagi, “... seelok-elok sesuatu yang dijadikan oleh Allah, umbinya di atas shakhrah, dan kepalanya pada langit dunia. Baginya seratus anak tangga daripada emas, dan perak, dan zabarjad, dan yaqut, dan kasturi, dan anbar ... ”(2) Pada halaman berikutnya beliau tulis, “[Sabda Nabi S.A.W], “Kemudian senantiasa aku naik satu tangga, kemudian daripada satu hingga adalah aku pada setinggi-tinggi tangga. Maka aku mendengar akan Malaikat mengucap tahlil, dan tasbih mereka itu, dan taqdis mereka itu akan Allah Ta‘ala ... ”(3) Dari kalimat yang dipetik dari Al-Kaukab Ad-Durri ini dapat diketahui bahawa perjalanan yang menggunakan Buraq hanyalah dari Makkah ke Baitul Maqdis saja, dari Baitul Maqdis menuju ke langit adalah menaiki tangga yang dinamakan Mi‘raj ( مـعـراج). Langit adalah tujuh lapis, enam lapis namanya disebut oleh Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam Al-Kaukab Ad-Durri ialah:
1. Langit dunia/langit yang pertama بـرقـيـعا (Barqi‘an).
2. Langit yang kedua tidak disebut namanya
3. Langit yang ketiga الـماعـون(Al-Ma‘un).
4. Langit yang keempat فـيـلون(Filun).
5. Langit yang kelima اللاحقون(Al-Lahiqun).
6. Langit yang keenam عـاروس(‘Arus).
7. Langit yang ketujuh الـرفـيع(Ar-Rafi‘), Al-Kaukab Ad-Durri, hlm. 16 - 17(4).

Pada hujung puisi yang kedua (Munjiyatul ‘Awam) digunakan perkataan ذَا الْـعُرُوْج (zal ‘uruj) untuk padanan sebelum perkataan الْـبُرُوْج(al-buruj). Al-Buruj boleh diertikan dengan "bintang-bintang". Perkataan "al-buruj" boleh juga diertikan dengan "benteng-benteng pertahanan yang kukuh", "gedung-gedung yang besar", dan lain-lain. Sewaktu menulis kalimat :


إِلَـى السَّمَآءِ فَـفَـتَحُوْا لَـهُ الْـبُـرُوْجْ



Kemungkinan Syeikh Ahmad al-Fathani mengkaitkan dengan ayat 1, surah al-Buruj, dalam al-Quran, ialah :
وَالسَّمَآءِ ذَاتِ الْـبُرُوْجِ



Maksudnya: “Demi langit yang mempunyai bintang-bintang besar”. Berdasarkan dari Ibnu ‘Abbas R.A, dan lain-lain Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani menulis tentang langit dengan sangat panjang, di antara tulisan beliau, “Dijadikan [oleh] Allah akan tujuh petala langit seperti beberapa kubah. Maka langit dunia diteguhkan segala pihaknya dengan langit yang kedua. Dan langit yang kedua dengan langit yang ketiga. Dan demikianlah hingga kepada yang ketujuh. Dan yang ketujuh dengan ‘Arasy ... Dan dijadikan matahari pada langit yang keempat ...”(5). Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam Al-Kaukab Ad-Durri juga menulis, “Dan dijadikan bintang-bintang atas dua bagi[an]. Setengah daripadanya tergantung pada langit seperti tergantung segala kandil pada masjid. Dan setengah daripadanya dilekatkan dia seperti dilekatkan permata pada cincin. Dan adalah ia serta banyaknya, bersalah-salahan segala rupanya, tiada dijadikan [oleh] Allah akan satu bintang atas rupa satu bintang. Dan tersebut pada setengah daripada akhbar (maksudnya: hadits-hadits, pen:), [bahawa] tiada ada daripada binatang yang pada bumi, dan tiada binatang yang melata di bawah ‘Arasy melainkan pada kejadian bintang ...”(6).

Mengenai "bintang" dijadikan dalam bentuk "binatang" juga ada persamaan dengan tulisan pelbagai pihak tentang nama-nama bintang di dalam buruj. Mengenai "al-buruj" yang terdapat 12 nama bintang di antaranya ada yang dinamakan dengan nama binatang yang ada di dalam dunia.

Syeikh Ahmad al-Fathani selain menyebut "al-buruj" beliau juga pernah menggubah satu syair/puisi dalam bahasa Arab. Selain itu pada konteks ini Syeikh Ahmad al-Fathani juga telah mentashhih, mentahqiq dan mengarang beberapa buah kitab mengenai ilmu falak juga dalam bahasa Arab. Dalam ilmu perbintangan (Astronomi atau pun Astrologi) pada konteks "al-buruj" terdapat 12 bintang, ialah:
1. اَلأَسَدُ = Leo
2. اَـثَّوْرُ = Taurus
3. اَلْـجَدْيُ = Capricornus
4. اَلْجَوْزَاءُ = Gemini
5. اَلْـحَـمَلُ = Aries
6. اَلْـحُوْتُ = Piscers
7. اَلـدَّلْوُ = Aquarius
8. اَلـسَّرَطَانُ = Cancer
9. اَلـسُّنْبُلَةُ = Virgo
10. اَلْـعَقْرَبُ = Scurpio
11. اَلْـقَوْسُ وَالرَّمِـى= Sagitarius
12. اَلْـمِـيْزَانُ = Libra

Sebagaimana telah dinyatakan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani, menyebut, “Ada pun di dalam tidur, maka telah jatuh bagi Nabi S.A.W tiga puluh tiga kali”. Pendapat ini ada persamaan dengan yang disebut oleh Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani dalam Ward az-Zawahir, beliau menulis, “Bahawasanya Mi‘raj berulang-ulang kali, sekali dengan tubuhnya daripada Makkah dan sekali dengan ruhnya daripada Madinah”. Walau bagaimana pun Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani mentafsir dan menegaskan, “Bermula yang shahihnya, barang yang kami kata bahawasanya dengan jaga, dan dengan ruh, dan jasad daripada Masjid al-Haram kepada Masjid Aqsha dengan dalil kitab dan sunnah, dan ijma‘. Kemudian naik ia kepada langit, kepada syurga, dan kepada Mustawa, atau kepada ‘Arasy, atau kepada atas ‘Arasy”(7).

Sebagai pelengkap maklumat rasanya baik juga saya salin perkataan Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karya yang ditulis dalam bahasa Arab, merupakan syarah karya Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, katanya, :
"فـيجب إعتقاد أنه صلى اللّه عليه وسلم أسرى به ليلا من الـمكة إلـى بيت الـمقدس”


Maksudnya, “Wajib i‘tiqad sesungguhnya Nabi S.A.W diperjalankan ketika malam dari Makkah ke Bait al-Maqdis”. Beliau sambung kalimatnya, katanya:
وأنه عرج به من بيت الـمقدس إلـى السموات السبع إلـى سدرة الـمنتهى

Maksudnya, “Dan dinaikkan dari Bait al-Maqdis ke langit tujuh ke Sidratil Muntaha”. Beliau sambung lagi, katanya : إلـى الكرسـي إلـى مـستـوى سـمع فيه صـريف الأقلام Maksudnya, “naik ke Kursi, naik ke Mustawa, di sana baginda mendengar qalam-qalam menulis”. Beliau sambung lagi, katanya:

إلـى الـعرش وأنه كلمه ربه فـي هذه الليلة ورأى ربه فيها بعينـي رأسه

Maksudnya, “naik ke ‘Arasy. Dan sesungguhnya baginda berkata-kata akan Tuhannya pada malam tersebut, dan baginda melihat Tuhannya dengan kedua-dua mata kepalanya”(8). Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Badr at-Tamam juga sependapat dengan yang disebut oleh Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani itu dan Syeikh Nawawi al-Bantani itu, katanya, “Dan dinaikkan dengan dia ke langit hal keadaannya jaga”.

Sebagaimana telah disebutkan bahawa tujuh langit dilalui adalah menggunakan anak tangga ghaib, namun adalah berbeda dengan perjalanan dari langit yang ketujuh menuju Sidratul Muntaha. Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam Al-Kaukab Ad-Durri menamakannya dengan "penaikkan yang keempat sayap Jibril ‘Alaihis Salam"(9). Sesudah itu ada lagi "penaikkan yang kelima Ar-Rafraf menuju ke Qaba Qausain"(10). Iaitulah perjalanan selanjutnya Nabi Muhammad S.A.W tidak lagi bersama Malaikat Jibril, kerana baginda dinaikkan ke Sidratul Muntaha, menuju Mustawa, mendengar Qalam yang bertugas menulis(11) di Lauh al-Mahfuzh tanpa hentinya.

Friday, 1 April 2011

BERSEGERALAH BILA MENDENGAR AZAN

SEMBAHYANG AKHIR WAKTU

Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita lewatkan sembahyang
kita yea ......
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika ber sembahyang Ada posmen pula Untuk hantar
amalan kita padaNya

Kisahnya?... ..

Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free",
Sekatan tol tiada,
Tiada "jem",
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk
dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga,
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi?
penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?.
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi


Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula..
Hilang duit,
Hati risau,
Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah...

Monday, 28 March 2011


Selagi ada syaitan dan iblis, selagi itu manusia akan sentiasa dicuba dan diselewengkan dari kebenaran. Mereka yang selamat adalah mereka yang berpegang dengan petunjuk Si Pencipta iaitu Allah Swt sahaja. Kerana itulah diutuskan para nabi dan diturunkan Kitab dan al-Quran. Ia bukan hanya selari dengan kehendak Allah bahkan sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.

Apabila manusia itu memilih selainnya, maka terselewenglah manusia itu dan terjebaklah dalam perangkap syaitan serta menjadi hamba kepada hawa nafsu itu sendiri. Apatah lagi apabila ada campurtangan manusia dalam merekayasa Kitab Tuhan serta mengharamkan apa yang dihalal Tuhan atau menghalalkan apa yang dihalalNya. Punah ranahlah kehidupan manusia dan bertambahlah kesesatan.

Lihatlah apa yang berlaku disebalik gereja-gereja katolik di Amerika Syarikat bahkan di Eropah maupun seluruh dunia. Mereka menegah paderi-paderi dari berkahwin sedangkan ianya berlawan dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri.

Hari ini walaupun mereka terpaksa menanggung aib serta menimbulkan krisis keyakinan dunia terhadap gereja mereka, hakikatnya mereka terpaksa mengaku bahawa wujudnya jenayah seksual yang besar disebalik gereja dan sekolah missionary mereka.

Paderi AS bayar ganti rugi 166 juta dollar

Pater Jenderal Adolfo Nicolas, pemimpin tertinggi ke-30 dari Society of Jesus di Amerika Syarikat mengumumkan sebagai mewakili sekelompok Paderi Katolik AS akhirnya bersetuju membayar ganti rugi sebanyak USD166 juta kepada ratusan warga Amerika yang dicabuli oleh para paderi di sekolah-sekolah naungannya. Bekas pelajar di sekolah-sekolah Jesuit di lima negara bagian sebelah barat-daya AS mengatakan mereka dicabuli dari tahun 1940an hingga 1990an.

Berdasarkan penyelesaian ini, Society of Jesus Wilayah Oregon, juga akan meminta maaf kepada para mangsa. Kelompok paderi itu mengatakan pembayaran ganti rugi itu akan menyebabkan mereka bangkrap.

"Ini merupakan hari untuk renungan dan keadilan," ujar Clarita Vargas kepada pihak media. Dia mengatakan, dia dan dua biarawati dicabuli oleh seorang pastor di sekolah yang dikelola Jesuit untuk anak-anak warga Amerika di Washington. "Semangat saya terluka, dan ganti rugi ini membuat perasaan menjadi lebih baik."

Negeri itu menjalankan sekolah-sekolah di wilayah Alaska, Idaho, Montana, Oregon dan Washington. Sebagian besar mangsa adalah dari kalangan penduduk tempatan atau penduduk asli di Amerika Utara. Banyak tuduhan pencabulan terjadi di asrama-asrama dan di desa-desa terpencil. Ordo gereja Katolik itu dikatakan telah membuang para paderi yang bermasalah ke tempat-tempat pencabulan itu terjadi.

"Berapa pun jumlah wang tidak mampu mengembalikan masa kecil kami yang hilang, Suasana yang telah rosak dan keyakinan yang menghancurkan," kata jurucakap Blaine Tamaki, yang mewakili sekitar 90 mangsa dalam kes ini. Ganti rugi ini merupakan salah satu yang terbesar hingga saat ini dalam serangkaian skandal pencabulan yang melibatkan gereja-gereja Katolik.

Isu skandal seks disebalik gereja katolik ini sudah lama kedengaran. Sudah pasti manusia itu ada naluri serta keinginan nafsunya sendiri. Cuma agama mengajar supaya disalurkan mengikut jalan-jalannya yang sebenar. Jika semua pitu ditutup, akibatnya akan pecahlah nafsu yang membuak itu dan terjadilah jenayah seperti ini. Bagaimana para paderi yang mengampunkan dosa orang-ramai boleh melakukan dosa? Bagaimana orang suci yang dipercayai merosakkan masa depan anak-didik mereka dan menimbulkan trauma yang panjang. Inilah akibatnya akhirnya masyarakat mereka akhirnya meninggalkan agama dan memilih sekularisme atau menjadi atheis. Di kalangan pengikut pula, pada zahir mereka mempunyai satu isteri tetapi kehidupan mereka sebenarnya seks bebas sudah menjadi perkara normal dalam masyarakat mereka

Ini juga yang berlaku di Thailand sehingga adanya persidangan para monk dan sami-sami yang akhirnya mengambil keputusan memberi izin berkahwin demi meneruskan kelangsungan agama mereka.

Nampaknya Islam akan terus melangkah hebat dibumi AS dan Eropah sebagai penyelesai fitrah manusia dan pengisi lompang kokosongan jiwa yang kering-kontang daripada nilai insan dan sebagai penyelamat ummah dunia akhir zaman.